22 August 2008

::Tanda2 Puasa @ Hari Raya Menjelang Tiba::

ntah kat blog saper aku tgk nieee...
tp memang kena mengena lak aku a.k.a kaum pompuan nie...
Katakan anda seorang pendatang/musafir yg datang ke Malaysia. Camna anda nak tahu bulan posa/ musim raya dah nak tiba?
Kat sini saya bagi beberapa petua untuk mengenalpasti keadaan ni, antaranya

1) Makcik-makcik kita (org pompuanla tu) berlumba2 nak menggantikan posa tahun lepas. Last minute baru kelam kabut, kalau berlaku emergency camna?
2) Makcik-makcik kita juga berebut2 memilih kain baju, sure nak yg latest fashion punya utk dibuat baju raya. Mungkin time raya nanti bleh bertanding baju sape paling cantik kan..kan..kan. Tak caya, tanya akak2 kita, berapa pasang dah baju raya dah mereka tempah?
3) Kedai/pasaraya mula buat sale/promosi. Diskaun sana, diskaun sini, potong sana, potong sini.
4) Makcik-makcik juga mulalah mencongak2 mana yg patut ditukar. Kalau ikut hati semuanya nak ditukar. Tp suami jgn tukar ye.
5) Kalau kita gi kat tukang jahit, kebanyakannya dah mula menolak tempahan. Kalau nak kasi tempah juga bleh tp ngan syarat harga mau up sikit atau pas raya baru ambik.
6) Stesen2 tv pun mula mengajak org ramai join rakaman program ari raya mereka.
7) Surat2 khabar juga mulalah ajak pembaca2 di perantauan menghantar ucapan. Maklumla jauh.
8) Iklan/poster untuk peluang meniaga di pasar Ramadan mula bergantungan mencari sesiapa yg berminat.
9) Sampel-sampel kueh raya pun mula beredar mencari sape yg nak order kan.
10) Pertandingan tilawah pun bermula di Malaysia..
11)kurma2 penoh kat kedai dah....(yusoff Tayoub lerrr,sunsweet lerr)
* Pendek kate, kebanyakannya akan melibatkan wanita. Mungkin wanita ni perancang Hari Raya yg baik atau mungkin anda punyai alasannya sendiri.

LU PIKIR LA SENDIRI!!!!(kalu anda suma termasuk dlm golongan nieee)

1 comment:

Azura said...

ha ha ha..memang satu kenyataan yang jelas dan nyata sekali.. takyah tengok anak bulan lah camni..hihihihihih