26 July 2012

Bonus 1/2 Bulan Gaji Sempena Aidilfitri


Dicopy paste dari blog damiaqish

Alhamdulillah..
Rezeki Syawal buat semua Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan..
Merasa gak ibu ai pesara kerajaan dapat bonus...
Rezeki Dari Allah suma ni..
(kena bersyukur kpd Allah sbb gerakkan hati PM nak bg bonus!)
Bonus Dibayar pada 9hb Ogos ni..
Gaji bulan Ogos Plak 13hb Ogos..

So, Manfaatkan la duit tu suma..
Ai kena ada plan utk suma duit2 ni..
Ai plan dgn bos ai nak sorok mana2 bank dulu..
dan dikeluarkan bila 25 Ogos nnti..(menjadik ke idak..Wallahualam)
Giler lama nak tgu 25 September pulak gaji cik Bedah yep!

Hari ni, suma penjawat awam n pesara senyum smpi ke telinga la yep!
kat tmpt ai ada jualan Hari Raya..
Datang la reramai....
paling istimewa ada Booth "Fareeda nyata Jelita"
pakat mai la kalau anda mmg pemakai Fareeda...
Daaaaa..


25 July 2012

It's Our Pay Day!

ye3..
Hari ni HAri yang ditunggu2 sangat2...
sebab hari ni la nak bayar semua hutang piutang..
Lepas tu masa ni la nak shoppin skit2 menjelang Raya..
LAgipun sales sana sini tapi poket kempis..
telan air liur aje la..
huhu..

Persiapan Raya biasa2 jer...
Ke Khemah Putih ke kita hari ni yer?
Jupe kat sana la yer!
haha...
tegur2 la ai...hehe

24 July 2012

Dugaan Ramadhan 2012



Salam Ramadhan suma kengkawan..
Hari ni dah masuk 4 hari kita berpuasa..
Alhamdulillah...

Ramadhan ni btul2 dugaan bagi ai sbb my kids xberapa sihat..
sahur 1st day tu cam xbrp nak sahur sbb ngantuk+badan penat...
mulanya si kakak demam panas..
38-40 celcius..
ai risau yg amat..
4jam skali demam..
hari khamis tu xpaksa bawa fiqah ke opis sbb risaukan dia
Jumaat aku xpaksa EL..
mujur bos paham..
sbb demam xkebah2...

bergilir2 jaga..
sabtu tu lepas minum air kelapa badan dia naik cam campak baby2 tu satu badan..
lepas tu terus la gerak ke Hospital An Nur..
Doc pun cakap Afiqah kena "Viral Rashes"
kena kuarntin sampai dia sembuh..

dan cuti semakin sikit..
adoi....
terpaksa la mintak talian hayat utk jaga anak2..
TQ mama..
Zaifah pun xsihat..
cuaca sejuk panas ni cepat la kena attack asma..
so,dua beradik tu duduk kat umah la sekrang ni..
mungkin juga ada hikmah..

walau ai xdapt sambut puasa kat kampung Ramadhan ni
tapi bila mama ai datang ni terubat rindu ai kat family..
best bila ada mama kat sini..

ai tahu mama ai still teringat arwah papa ai tu..
bertabahla..
Ramadhan dan Syawal kali ni lain dari kebiasaan..
tiap kali teringat juadah arwah papa ai suka makan
sungguh sedih...
sbb tu ai xjejak lagi pasar ramadhan
nnti akan lebih teringat2..
ape dah ai melalut...
sekadar kerinduan pada arwah papa ai..

baru masuk hari ke-4 tp dah blur nak masak ape...
masak ape hari nie yep?

19 July 2012

pengumuman Puasa Ramadhan 2012M


 malam ni sama2 kita saksikan pengumuman puasa Ramadhan 2012 kat TV pilihan masing2...
sejak ada Penyimpan Mohor  Besar Raja2 yang baru ni cam kurang aura skit nak tengok..
tapi tetap nak tengok!
Nampak ke anak bulan ek?hujan2 nie...

Ai rindukan Penyimpan Mohor Besar Raja2 yang lama nie...
sbb dari kecik smpi beso dgr pengumuman dgn dia aje
bila tukar orang mula la rasa lain..
isk2 rindu kat Engku Ngah ni..


notakaki:jadual berbuka puasa~done!

18 July 2012

Tahlil & Majlis Sambut Puasa & Goodies



Kebanyakan hari ni banyak Jabatan Kerajaan yang buat Tahlil Dan Majlis Sambut Puasa..
termasuk la Seksyen ai pun sama..
hari ni untuk Seksyen besok utk Sektor pulak buat jamuan bersekali dgn Tahlil..
Tapi kali ni lain skit...ada Goodies Sempena Nak Sambut Ramadhan dari Kelab Seksyen kami
Kelab Moneyfesto.
Sedap Kurma Mariami..ko ada?
rasa xmanis..lembut..
kat umah pun dah banyak kurma...
xpe la...
kurma ni sedap.mahal ni.harus ai buat buka Puasa Ramadhan 2012 kali ni..
InsyaAllah..
makan2 kali ni biasa2 jer.katering sajor
sori ai x snap pun pic...hehe

16 July 2012

Jadual Berbuka Puasa & Imsak 2012

Memandangkan tinggal 4 hari jer lagi Umat Islam akan berpuasa
hari ni ai nak sharekan...

Jadual Berbuka Puasa & Imsak 2012

Nak share jugak;
 Doa Berbuka Puasa
Jangan lupa nak baca plak!
hehe..


Semoga Ramadhan kali ni lebih baik dari Tahun2 sebelumya ye kawan2...
Sama2 kejar Pahala Ramadhan kali ni pulak..
Amin..


p/s:jumaat lepas KL Jem teruk ek!ramai yg g shoppin..ai tau pun sbb ai balik Ktn lalu KL..






11 July 2012

Free Diapers @ School

Alhamdulillah..
Fiqah Umur 4 tahun ++ ni dah free diapers kat Tadika..
bukan atas dorongan sesiapa..
atas kehendak dia sendiri..

fiqah: ibu,kakak xnak la bawak pampers g sekolah..kakak xnak pakai pampers dah macam Aishah tu...

ibu:   kalau kencing camana?

Fiqah: Fiqah kencing kat tandas la macam Aishah tu..Aishah xpakai pampers..

Alhamdulillah....






06 July 2012

20 kesilapan UTAMA mendidik anak!

*sekadar hiasan* gambar anak sendiri

Just nak Share....

berikut ialah 20 kesilapan utama dalam mendidik anak2..
(btul ke idak check it out!) ai tulis ni based on article yep!

  • Terdapat Jurang Komunikasi di antara ibu bapa dengan anak2
  • ibu bapa tidak membimbing anak2 ke arah kebaikan & patuhi syariat
  • Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak2
  • kurang melahirkan kasih sayang pada anak2
  • Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak2
  • memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak2
  • Tidak penah luangkan masa makan bersama anak2
  • sering mengeluh depan anak2
  • komunikasi dgn anak2 xmenggunakan bahasa yg betul
  • senantiasa menunjukkan sikap -ve depan anak2
  • suka bertengkar dpn anak2
  • tidak berminat melayan pertanyaan / kemusykilan anak2
  • tidak memberi perhatian thdp buah fikiran anak2
  • tidak menghargai keje anak2 / meraikan kejayaan anak2
  • suka berleter kepada anak2 jika mereka melakukan kesalahan
  • tidak tegas dalam mendidik anak2
  • tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak2
  • tidak berusaha mempelbagaikan sajian utk hidangan anak2
  • tidak luangkan masa berborak dgn anak2
  • suka herdik,gertak dan menakutkan anak2
info:Harian metro 16 April 2012

notakaki:sharing is caring!

05 July 2012

Teringat Dulu2..


kisah ni tahun 80an la..
sbb ai lahir tahun 80an.x gtu..
tapi masih ingat la kenangan naik bot dari Seberang tu ke Bandar Kuantan..
Sebelum adanya Jambatan yg menghubungkan dr Tg Lumpur ke Bandar Kuantan
bot ni la pengangkutan utama..

best woo naik bot penambang ni..angin sepoi3 bahasa,dengan kena ombak lagi..
isk! xterkata la..
lagipun masa ni la nak beramah mesra dgn penumpang...(jiran2 kg,kawan sekolah)
kadang3 nampak buaya berehat kat tebing sungai tu..huhuhu
scary tak!

xpenah lagi la time tu buaya libas bot2 penambang tu!
asalkan kita jgn kacau habitat diorang sudah...

asal sampai je kat Jeti Bandar Kuantan tu mesti singgah beli air..
air kuning tu air jagung..xpun air pink utk air bandung...
beli keropok dan goreng pisang..
suma tu xde lagi skrg!

sekarang xde lagi pengangkutan ni..
cuma ada dalam lipatan sejarah idup masing2...
sekarang sejak ada Jambatan Tg Lumpur tu
dah penuh tempat makan ikan bakar pulak..

For those yg datang Kuantan kalau xmakan ikan bakar  xsah kot!.
mesti kena makan..
sbb lain skit dari Bagan Lalang..(katanya...)
ai xtau sangat sbb jarang makan ikan bakar kalau balik Kuantan..
makan masakan air tangan ibu lg best!hehehe..

notakaki:sbnrnya landlord ni rindu nak balik Kuantan..(mgu depan lye anak2 ku!)