30 December 2011

Suka Duka 2011




 banyak memori di Tahun 2011 ni..eh silap..banyak dugaan sebenarnya...
Dugaan ini la mematangkan hidup aku sebenarnya..
Dugaan ini la lebih mendekatkan diri aku pada Allah s.w.t..


happy 2011
naik flight lagi budak berdua ni...



semoga 2012 menyinari hidup kami  n anda juga ye..
Selamat Datang 2012 bye2 2011

29 December 2011

Finale Tentang Dhia


harus la aku tercongok kul 7 ptg nie nk tgk finale cter ni..
baca sinopsis kat paper tadi..
Zikir kawin dgn Rose..jadi madu Dhia..
ada yg bgtau 
Dhia akan mengandung anak Zikir tp last meninggal gak tp baby selamat..

Yg aku tunggu sangat2 pembalasan kat Ku Salmi tuh!
Mati kah?

Serius part last2 nie buat aku geram sangat2 kat Ku Salmi tuh!
berkesan lakonan dia kan?
sapa tahu brp juta Rating cter Tentang Dhia ni yep?

P/s:Sapa join dgn aku ptg ni Tgk 'Tentang Dhia' angkat tangan!



Minggu depan dah start cter baru..
ni pun adaptasi dari novel Gemersik Kalbu...
lakonan Akasha,Ayu Raudhah..
adakah sehebat cter2 sebelum ni 
sama2 la saksikan yer..

skrg trend suma adaptasi dari novel ek? win2 situation la kan...


28 December 2011

1 Day n Hari Orientasi @ Cendiakawan..


Hari ni 1st Day  n Hari Orientasi @ Cendiakawan..
Harap suma2 nya ok..
tadi bersemangat dengan kasut n beg baru..
salam pun xmo..
maybe xbiasa lagi dgn suasana baru..
dengan kawan baru..
cikgu baru..

ibu pulak yg risau lebih..
risau dengan segala-galanya..
makan ke,tdo ke,belajarnya camana
hish!

masa kat taska lama xrisau sangat2 camni..
perasaan...
pegi jauh2..
jgn gusarkan hati kecilku ini...
hmmmm....

p/s:korang pun perasaan cam aku kah?mari la share sama2..

21 December 2011

deMAM pANAS;aSTHmA dan HaBis Cuti.......


Simptom si akak kena demam panas si adik kena asthma 
n aku kehabisan Cuti Rehat membuatkan aku  nak nangis jer doh!
Menghampiri penghujung tahun macam2 hal berlaku..
kadang2 diluar jangkaan kita..

Menyebabkan aku terpaksa pakai 
TALIAN HAYAT!..
TQ mama n Ibu Mertuaku...
kena gilir2 jaga anak2 aku...

Didoakan Supaya Anak2 ibu suma sihat seperti sediakala..
Love u sayang..
jaga diri duk kat umah ye sayang..




19 December 2011

Seminggu Berdua Rasa Macam Lain

Minggu lepas adalah minggu honeymoon bekerje..
bekerje bukan g honeymoon..
Maklum ler handbeg ku LV n PRADA yg berdua tu ditinggalkan gara2 taska tutup n Zepah pun xsihat..

So,
datang keje adalah awal...
Sebelum 7.30 dah terpacak kat opis..
walaupun balik keje tetap 5.30ptg seperti biasa..

so,
g keje berdua adalah tidak biasa sbb bukan zaman bercinta mahu pun awal2 kawin dulu..
so weird!!!!!!


dan..dan...dan..
bila ke pasar malam berdua adalah amat kelakar
sebab..sebab..sebab...
berjalan berpimpin tangan bila nak pintas jalan
ulang skali lagi..
jalan pimpin tangan..
sbb biasanya aku ni akan jalan nonong2 jer sorang..
n si ayahnya akan tgu setempat dgn anak2..

HoNEyMOON kannnnn...hahahha..

p/s: time's up!mgu ni kembali ada Fiqah in da house!!


15 December 2011

Jualan Kembali Ke Sekolah KPDNKK


aku tau ni pun sbb ada bunting depan opis aku..hehe

Julung2 kali diadakan Jualan Kembali Ke Sekolah KPDNKK
pada 20-24 Disember 2011
Jam 10 pagi-10 malam

Warga Putrajaya harus la jengah kan..
ramai-ramai memeriahkan karnival ni yep..

13 December 2011

HFMD Dan DatanG AwaL

Gara2 kes HFMD kat taska fiqah
terpaksa la mak aku stay jaga anak2 aku kat umah..
Bukan Fiqah yang kena abis dah taska tutup semgu
so kena duk umah la fiqah..

Disebabkan Fiqah duk umah so kami berdua kena g keje awal..
kena lari la sbb kalu dia nampak aku sure menangis xhengat..
semalam aku sampai opis 7:08 pagi..
xpenah2 datang awal kecuali masa bujang dulu..

aku sampai umah semalam..
ayat pertama Fiqah tanya..
kenapa ibu xbawak Fiqah g opis....(sayuuuuuuuuu)

miss u kakak!

08 December 2011

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)


Rata2 minggu ni cter penjawat awam berkisar Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam..
web JPA confirm jem la skrg nie..
tadi opismate aku Download kat sini 

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2011

try la tgk..
aku pun tgh baca utk pahamkan..
confirm2 kena beli Buku Perintah Am Baru lepas ni kalau nak amik exam perkhidmatan..
selamat baca pekeliling suma..

salam u alls...



05 December 2011

Hometown Asben Banjir Jumaat lepas..

Selepas cter hometown aku yg banjir semalam..
nie kisah hometown asben aku kena banjir yg teruk setelah 40thn xberlaku..
kat Putrajaya hujan xla lebat2 sangat..
So far umah mil aku xterjejas la..tu yg penting..

antara gambar yg aku google ek..





lumpuh Bandar Kajang..
kesian kat peniaga2 nie ek.kesian jgk kat owner keta n motor yg terlibat..

nie plak banjir dalam Plaza Metro Kajang..

moga suma tabah hadapi dugaan nie..


kredit to:mediamalaya.com

OMG! Bandar Kuantan Pulak Banjir..


kejadian semalam nie ya..

Jalan ke traffic lite, keluar dari Pasar Besar dan Terminal Bas Kuantan




 nie berdepan dgn Megamall nie..

 nie pandangan dari atas banjir yg terjadi

Serius takutttttt..skrg nie hujan skit jer dah banjir...
hati2 yer korang suma..


kredit toCikguDahlia

01 December 2011

Persoalan Dan Jawapan Imbuhan Tahunan Kali kedua Tahun 2011 terjawab Dalam Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil. 7 tahun 2011


Panjang gler tajuk..xper la..
nak bg penjelasan kan..kan...
kat sini aku ada citer pasal hal nie..
Dah banyak spekulasi la plak..9hb ker? 19hb ker?
hehe..biasa la..

So,
Tadi tanya Ex-opismate yg skrg dah jadi CC kat AG..
kebetulan datang opis aku..

lihat sini yep!

PARA 3

3. PERATURAN PELAKSANAAN PEMBAYARAN IMBUHAN TAHUNAN
DAN BAYARAN KHAS PRESTASI
3.1 Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi akan dibayar
bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.

sharing is caring..


p/s:cakap kena ada Pekeliling skrg baru boleh kata!haha

Bila Imbuhan Tahunan Kali Kedua Tahun 2011 nak Dibayar?


Salam...
Hari ni Dah Masuk Disember dah kan..
Pejam celik kejap jer 2011 bakal meninggalkan kita..
Semua tertanya2 bila la Imbuhan Tahunan nak dibayar..
kan..kan..
Sebab dalam bajet 2011 dah diumumkan ada Imbuhan ni kan..
Pekeliling mengenai ni dah keluar sebelum ni kat sini

Bila akan Dibayar?
Banyak Spekulasi pasal hal ni..
kata masuk gaji sekali..kata 9hb nie?

Sumber2 terdekat yg bagitau 9hb Disember nie kuar la imbuhan tu...
Means gaji still 19hb...
kenapa 19hb sbb Christmas 25hb...so diawalkan.
Wallahualam...
Ape pun 9hb nie kita sama2 tgk iyer...
ok chow.........

30 November 2011

Aper Cer Depan Palace Of Justice hari nie?

Salam..

Nampak dari kejauhan ajer tadi..
ramai orang depan Istana Kehakiman P'jaya...
Ramai sangat..
Tertanya2 dalam hati..
ada kes besar ker ya?
sejak2 nie kurang tgk berita..(mati la aku!)

for those yang tahu stori kat aku tau..
TQ so much..

credit:google

p/s:sekadar amik tahu xsalah kan? ;)

29 November 2011

Cara Mendidik Anak kuasa 2


1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah...

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.


11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

"anak- anak ibarat kain pUtih. iBu bApa laH yanG mencoRakkanNya menjaDi yAhudI, nAsRani atAu mAjusI"
credit kat tuan blog:anakbonda

1433H @ Kuantan


Cuti Maal Hijrah pulang ke kampung..
Alhamdulillah selamat pegi dan balik dgn selamat..
Walaupun kena accident skit..
orang langgar belakang..mujur xde ape2..cepat aku pegang tangan fiqah..
kalau tak mmg tersembam fiqah ke depan..
budak lagi yg drive viva tuh..mmg brek mengejut la..berasap tayar dia..
nasib ko la dik sapa suh bawak lelaju..

cuaca redup2..sejuk jer..budak pun tdo jer sepanjang jalan..
aku xkemana2 pun.
melawat saudara n tok yg semakin tua dimamah usia..

Azam 1433H...

fokus kepada keluarga dan kerjaya sama penting!
 
korang kemana cuti baru2 nie?stori la....





25 November 2011

Budak Pegang Stereng Keta tu kan....kan..kan...

 
                 

Dah Beso Panjang..Dah Jadi Anak Dara..Dan..Dan..
Dah Chubby!

Cepatnya MASA tu berlalu...

24 November 2011

buai laju2 sampai cucur atap...sambung la sendiri!

 upin ipin forever
 dah terror main sendiri..


aktiviti hujung minggu bila dah kebohsanan duk kat umah 2hari xkuar2..
time nie si kakak ikut ayah g kedai..
adik tgl kat umah nangis2 nak ikut..
disebabkan kesian tgk nangis xhenti..
bawak la g playground kat blok sebelah umah aku ni..
suka sangat2 sampai xmo balik..
aku plak yang nak nangis :(


20.11.2011 cara kami with afiqah bff

 happy nya kaka
wit bff fiqah putri n her sis nisa

 bertigaaaaaa
 hover ko kak!

ramai pilih date nie nak nikah la..tunang la bagai..
so 20.11.2011 kami pun ada acara kami sendiri
nie la 1st time aku bagi anak2 mandi kolam..
(mesti korang pkir,teruknya aku yg xbg anak2 mandi kolam kan)
Disebabkan diorang nie asthmatic so,mmg aku xbg mandi kolam bagai..
sejuk2 sgt pun xleh..
risau kalau semputnya menjadi smula..kang xpasal2 kena kejar emergency amik neb bagai..
mula2 mmg aku risau..
tp disbbkan kebetulan jumpe bff fiqah nie..
so,join sekali la..

Fiqah n zepah la person paling seronok mandi kolam..
tp,kejap je aku bg zepah mandi..
risau wey!

xpe la..merasa la jugak kan..
nnti2 ibu bawak lagi ye anak2..
xjauh pun kat Pusat Kejiranan P9 tuh..
dekat sgt dgn umah..

23 November 2011

Bila 'Roh' Kerajinan Datang..SudipIKEA datang..


  Kuih buah melaka..

korang panggil kuih ape ni eh?

ini bila 'Roh' Rajin tu datang..
kalau xdatang2 tu maka..
aku goreng keropok,fries,hashbrown buat santapan makan anak beranak..
sonang eh!

22 November 2011

buah tangan Arab?


 ada jenama TAIB..PICK UP 
Malaysia ada ke?

 tamar @ kurma..
 gula2 SAA (Saudi Arabian Airlines)
biskut cream

mak aku xbawak balik buah tangan kurma,kismis bagai..
sbb suma dah pos siap2 ke kampung..
senang kan skrg POS aje!
nie suma dia dapat masa dalam flight kot..
aku amik jer la..
kang x amik dikata DUrhaka..
sumpah kang jadi batu..haha
xmooo...

Sakit Jantung semalam Dowh!

 Bravo bro!

Tahniah harimau malaya...
Kemenangan paling bergaya..siapa pun xboleh nak pertikaikan..
ibu segala pingat emas kita dapat!
horray!
sapa tgk bola jgk semalam?stori kat aku..

21 November 2011

With Family @ Concorde Inn KLIA

 sebelum ni aku dah cter skit kan pasal niey..kat sini
2-3 kali fiqah jatuh katil nie..haru

suram jer lampu.
sbb nak bg budak2 tdo awal..tp hampeh..kagum kot tdo tmpt baru..
abis di tawaf bilik tu byk kali..

 nak buat kopi,teh.buat sendirik!

 agak2 nak panaskan makanan pun boleh..
 
 almari buh baju2..
sebelah tu bilik air..


welcome drink la kenkononnya..tp bagus gak sbb mmg aku yg habiskan air tu..haha
ada meja makan,ada tv flat skrin rasa2 nak tgk muvie...
dalam bilik tdo ada satu lg tv..
agak2 budak2 nak tgk tv luar pun boleh,kat dalam bilik pun boleh..
ada sofa bagai..
sori mood adalah kelaut nak snap2 suma..
gler ko..
balik keje siap2 semayang magrib terus zass g airport amik mak ayah terus check in hotel..
kalu weekend syok gak bleh budak2 main kolam ke kan..
sampai pun dah malam..xleh nak merayap sangat2..
Biasa duk hotel,call Room Service mintak iron n board..
rupanya kat sini iron n board kat luar..
1st time la aku merasai pengalaman ni..
haru ar..kul 5.40pagi iron baju kat luar..
dengan Zepah melalak..
sampaikan bilik depan iron station ni bukak pintu..
ingat aku buang anak ke hapa..
haru oh haru..

iron station bukan iron chef

this is memorable la bg aku n anak2..
duk hotel?
cam biasa2 korang duk hotel..
tapi sbb hotel ni dekat dgn airport 
so,bleh dgr flight lalu lalang..
kalu pagi subuh tuh nampak flight nak take off..
seronok..happy wit family..
tu jer..sekian