25 July 2008

~Ingin kelihatan awet muda~

Petua Awet Muda
1. Sejurus bangun pagi (bangun pagi je ya, bukan bangun tengahari atau bangun petang), sebelum mandi dan gosok gigi, minum air suam dan biarkan dalam mulut kira2 10 saat sambil selawat 3 kali, kemudian baru ditelan. Air liur basi kita tu ada enzim yg boleh menjadi ubat. Kemudian boleh amalkan petua Rasulullah s.a.w, minum segelas air suam dicampur sedikit madu. Madu penawar berbagai penyakit.
2. Lepas buat petua no.1 di atas, urutkan pula wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat 3 kali. Tapi ingat, dari bawah ke atas ye, kalau dari atas ke bawah orang kata makin cepat berkedut pulak.Amalkan setiap hari.
3. Kalau ikut petua orang2 tua (otai kata org sekarang), amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun ke muka, rambut dan kulit badan. Air embun ni banyak khasiatnya. Insya Allah muka akan berseri , badan sihat serta awet muda. Tapi kalau duduk kat bandar mana nak cari air embun? Pandai2 lah! 4. Baca ayat 35 - 38 surah Al-Waqiah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala. Tapi kalau mandi guna shower, bacalah masa mula2 nak mandi.
5. Setiap kali lepas solat subuh, amalkan baca surah Yusuf, kemudian minum air suam tiga teguk sahaja. Amalkan dengan jujur dan ikhlas. Insya Allah wajah akan lebih muda dari usia sebenar.
6. Setiap kali berdandan di cermin, bacalah doa melihat diri di cermin, kemudian baca selawat di kedua tapak tangan dan sapukan ke muka sambil niat dalam hati agar diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s. Amalkan setiap pagi. Doanya begini:
7. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari2 yg baik seperti hari Isnin, Khamis & Jumaat. Amalkan juga menanam kuku/ rambut yg dipotong atau gugur. Orang sekarang ni kebanyakannya main buang je merata. Nak potong kukupun ada petuanya, bukan main belasah je. Petua memotong kuku menurut Imam an-Nawawi; sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan kemudian tangan kiri, memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri. Sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan keseluruhannya bermula dari jari telunjuk sehinggalah jari kelingking dan diikuti ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari. Sementara kuku kaki pula, bermula kaki kanan daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehinggalah kelingking. Bagi yg dah berkahwin, elok kalau kuku dipotong oleh pasangan masing2…lebih mengeratkan hubungan suami isteri…hehh! Rumahtangga yg bahagia pun penyebab kpd awet muda.
8. Macam2 petua lagi sebenarnya. Antaranya senyum selalu, jangan busuk hati, berhenti makan sebelum kenyang, rajin makan ulam-ulaman, jangan merokok, dsb. Paling penting jangan tinggal solat. Sebabnya selain memang diwajibkan, air wudhu’ yg terkena wajah kita 5 kali sehari itulah pencuci muka paling berkesan utk menyerikan wajah kita…dan juga hati kita.
Ini pula petua awet muda dari Ustaz Ismail Kamus:
1. Melambatkan minum air setelah makan - minum sedikit (lebih kurang seteguk sahaja). Minum setelah setengah jam selepas makan.
2. Rajin-rajin baca Al-Quran. - niat ikhlas kerana Allah.
3. Menanam kuku / rambut yang dipotong atau gugur.
4. Rajin-rajin bangun sembahyang tahajjud ditengah malam.
5. Sentiasa tenang dan tak marah-marah. - kerana setiap ahli syurga itu lembut, mudah dan mesra.
6. Mulakannya sesuatu urusan dengan ‘nawaitu’ yg baik dan niat kerana Allah. Cukuplah tu, banyak2 petua pun kalau tak diamalkan pun tak guna juga. Yang penting hati mau baik, jaga ‘hablum minallah’ dan jaga ‘hablum minannaas’, insya Allah bahagia hidup kita.
sekian ler adenyeer..

`ingat 3 perkara sebelum 3 perkara~

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT. kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati. TANDA 40 HARI Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya. TANDA 7 HARI Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan. TANDA 3 HARI Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. TANDA 1 HARI Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. TANDA AKHIR Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Sesungguhnya mengingati mati itu adalah dituntut oleh Islam. Hendaknya kita adalah orang2 yang tergolong dalam mendapat TANDA-TANDA tersebut...InsyaAllah...

~Oh "Discovery Gym~

salam...
last entry kan ada citer nak beli 'Discovery Gym' utk Afiqah..
semalam xplan pun nk g Alamanda..biler g je Butik A****U tu...
dia ckap dh abis....yg display ada la kak...salesgirl tu ckp...cam hampeh je...dh la berabukk..xsmpi hati aku nk beli...(kalu korank nk beli ker!)
frust tahap gaban ler semalam...smpi xmkn mlm....
Dah la aku balik Afiqah tgu jer...dia xtido pun smpi aku blk.
maybe dia ingat ibu dier balik lambat mesti beli ape2..(aku sedih nie!waaaa)tengok muka dier buat aku sedih sbb hampakan dier..(dia pun kurang borak ngan aku smlm)
xper ibu janji akan belikan jugak....janji mesti ditepati.
itu prinsip ibu ko ni Afiqah!

24 July 2008

~Gaji oh Gaji~

ari nie orang gomen dapat gaji....
sure penoh la alamanda ptg nie...(harussss ni)
kalu nk tau org gomen ke takkk tgk je la...
kalu pakai baju batik ke,kain batik baju plain ke,org gomen ler tuu..
nak cter skit...ibuafiqah ni dh janji nk belikan si Afiqah ni 'Discovery Gym'....dah usha dh 2mgu lepas...kena beli gak...coz dh janji...(kene tunjuk cth yg baik utk anak2) lgpun si afiqah tu dh sengih2 nmpk gusii bila story ibu nk belikan dier gym tu...ni ler cth ruper gym tu...
gambo blur2 skit...

23 July 2008

~OvErSea~


Jangan salah paham...bukan ibuafiqah g oversea laa...
ni dpt pic dr member merangkap 'ibu angkat'n 'ayah angkat' g Holland..
jeles seh!dua2 tu pun dah pencen...sajer jenjalan mkn angin sambil tgk anak dia kat holland tu...
gambo tu diorg ambik kat stesen train kat jerman....(duk je Holland tp berjalan smpi jerman dah)
miss u ibu....biler nk balik malaysia nih!

~PoEm~


HaYati poem nie....

19 July 2008

AfiQah UmAirah WaS bOrN

salam...
alhamdulillah...nie lerrrr buah hati Aku yg pertama (cewah!cam ada yg 2nd lak...)
wait lerrrrr... tunggu Afiqah pandai bancuh susu sendiri sok2...ringan skit beban ibunyer ni....theeeeeee.

18 July 2008

~Afiqah 1st month~





nie masa umur Afiqah sebulan lebih....makin lasak waktu nie.pakai baju yg opah dia beli....(thanx mama blanje baju cucu!)Kecik2 dah seksi....isk2.





~Diana 'n' Afiqah

Tu dierrr anak aku nangis xhingat punyer....malu2 cover skit.cousin ko tu relax je....yg sblh tu diana (ibu dia bg nama sempena cter Janji Diana tu!)diorg ni lahir beza 2 mgu jer...si diana tu 21 april si Afiqah 5 Mei...se geng lerr nie...(xsabo ibu nk tgu korank nie membeso)



Pop Yeh! yeh!

huh.... nie lerr panca sitara tahun 2008.spek colour2 beli kat carrefour...nie anak sedara kesayangan aku tmsk si diana td...si kakak tu model terhebat kat umah opahnyerr...